Baharuddin
Gambar Saya
Selamat Datang
Kerani Markas Batalion
Organisasi Kerani Markas Batalion
KETUA KERANI
1084514 PW II SATRI BIN MOHAMAD NOR
SARJAN URUSTADBIR
6019890 SJN IBRAHIM BIN OSMAN
PEMBANTU SARJAN URUSTADBIR
6081728 KPL HASMADI BIN HASSAN
KERANI LATIHAN PERALIHAN/PENYATA
1121552 KPL AHMAD ZUKI BIN MD ISA
KERANI DOKUMEN TETAP 1
6040138 KPL ISMAIL BIN ABU BAKAR
PEMBANTU KERANI DOKUMEN TETAP
1118172 LKPL SAZALI BIN HJ ARIFFIN
KERANI DOKUMEN RS/PEMBANTU PEGAWAI KOMPUTER
6063867 KPL BAHARUDDIN BIN IBRAHIM
PEMBANTU KERANI DOKUMEN RS 1
6059800 LKPL AHMAD BIN CHE MAT SOH
PEMBANTU DOKUMEN RS 2
6081840 LKPL KHAIRUL ANUAR BIN ZAKARIA
KERANI FAILING/KERANI URUS GERAK
6125675 LKPL MOHD SASHRIZA BIN SASHUDIN
PEMBANTU FAILING 1
6166075 PBT MOHAMAD HARIF BIN ABDULLAH
PEMBANTU FAILING 2
6153486 PBT MOHAMAD FAIZAL BIN BALUAN
Kelebihan Surah Al-Fatihah
1. | AL-FATIHAH | Baca 14 kali sebelum tidur: Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu. |
2. | AL-FATIHAH | Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian: Melepaskan rasa sakit dalaman |
3. | AL-FATIHAH | Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. Kepada orang berpenyakit mental |
4. | AL-FATIHAH | Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit. Sakit yang keterlaluan. |
5. | AL-FATIHAH | Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala. Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa |
6 | AL-FATIHAH | Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit. Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu, |
SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWARYANG TERBAIK KEPADA SEMUA. |
Thursday, April 9, 2009
Wednesday, April 8, 2009
Perang Dunia Kedua
Sejarah Tentera Darat |
Tuesday, April 7, 2009
Saturday, April 4, 2009
Sejarah ATM
Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Pada masa ini pasukan Tentera Darat sedang pesat dipermodenkan sebagai satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi cabaran masa depan.
Menformat Komputer
Alamat Rumah : Baharuddin Bin Ibrahim No. 41/9 Kampung Padang Halban d/a Rozita Binti Mad Akkir 06010 CHANGLUN, Kedah Darul Aman atau Alamat Tempat Kerja : 6063867 Kpl Baharuddin Bin Ibrahim Markas Batalion Batalion Ke 5 Rejimen Sempadan, Kem Bukit Kayu Hitam 06050 BANDAR BUKIT KAYU HITAM, Kedah Darul Aman.
Peranan dan Tugas
Peranan Kor Infantri adalah mencari dan mendekati musuh, membunuh serta menawannya, menggunakan kesempatan dan menduduki tanah dan melaksanakan serangan di waktu siang atau malam tanpa mengira cuaca, keadaan tanah ataupun keadaan.
Tugas-tugas Kor Infantri
Ringkasan Sejarah
Sebagai kor yang tertua di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kor Infantri mempunyai rentetan sejarahnya yang tersendiri. Pada tanggal 1 Mac 1933 bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan, seramai 25 anak watan memulakan latihan rekrut dalam Kompeni Percubaan Askar Melayu yang mana menjadi pengasas terbentuknya Tentera Darat Malaysia sekarang. Di antara yang memainkan peranan utama dalam penubuhan rejimen ini adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhamad Ibni Yam Tuan Antah, Undang Luak Rembau Negeri Sembilan, Dato’ Abdullah bin Dahan, Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah dan Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan. Dengan berbekalkan semangat keperwiraan, latihan yang intensif serta perancangan yang menyeluruh, skuad ini telah berkembang dengan pesat bagi memenuhi keperluan semasa negara. Dalam mempertahankan maruah bangsa melayu dan membuktikan keperwiraan anak-anak watan, 2 buah batalion Rejimen Askar Melayu Diraja telah terlibat di dalam Perang Dunia ke 2. Di antara pertempuran yang menjadi ingatan dan kebanggan Kor Infantri adalah “Battle Of Muar”. Di dalam pertempuran ini, Lt Ibrahim Al-Dita selaku ketua platun telah membuktikan keberaniannya. Beliau telah dianugerahkan “Military Cross” iaitu pingat yang tertinggi Perang Dunia ke 2 bersama dua lagi rakannya iaitu Lt Ismail Babu dan Kpl Yaakob Bidin. Pertempuran Bukit Chandu pada 14 Feb 1942 yang begitu sengit merupakan satu titik tanda sejarah yang membuktikan keperwiraan dan keberanian Askar Melayu. Dalam pertempuran ini, Lt Adnan Saidi telah sanggup bertahan sehingga ke titisan darah yang terahkir. Beliau telah berjaya membunuh ramai tentera musuh serta rela ditikam sehingga mati daripada menyerah kalah kepada tentera Jepun.
Sejarah Penubuhan Rejimen Askar Melayu DiRaja
Menuju cabaran di alaf baru, Kor Infantri telah disusun semula menjadikan ia sebuah ketumbukan yang mantap dan berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan setiap tugas. 3 elemen utama iaitu Infantri Standard, Infantri Mekanis dan Infantri Para akan menjadi teras kepada infantri. Satu batalion akan dikhususkan sebagai Batalion Istiadat. Batalian Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang ditubuhkan pada 1 Jan 1938 telah diubah dari peranan sebagai pasukan infantri biasa kepada batalian infantri istiadat mulai 1 Jan 1989. Di atas kecemerlangan yang telah ditunjukkan serta pencapaian mutu yang tinggi, pasukan ini telah diberi kepercayaan dalam kawalan kehormatan utama setiap kali lawatan pembesar-pembesar luar negara. Dalam melaksanakan tugas-tugas dalam operasi dan membantu pihak berkuasa awam semasa aman, pasukan infantri baisa telah disusun semula dari segi keanggotaan dan material kepada Batalion Infantri Standard. Dengan latihan yang intensif dalam semua bentuk cabaran samada konvensional mahupun perperangan insurgensi, batalion ini dilatih supaya siap siaga bagi menghadapi ancaman musuh-musuh negara. Dasar pertahanan negara di abad ke 21 memerlukan ketumbukan Tentera Darat yang mampu diaturgerakkan dalam semua keadaan dengan cekap dan pantas. Justeru, pasukan Infantri Para telah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan ini.
Darurat
Semasa Darurat diistiharkan Askar Melayu hanya berkekuatan 3 batalion. Mereka telah berjuang menentang pengganas komunis bersama Tentera British, Komanwel dan pasukan Polis. Askar Melayu telah diperbesarkan meningkat kepada 7 batalion sehingga tahun 1956. Dalam jangkamasa yang sama Kor Peninjau (Armor) dan Rejimen Semboyan telah ditubuhkan. Dengan penubuhan dua pasukan baru ini perkembangan Tentera Darat bertukar corak dengan memberi kesempatan kepada bangsa-bangsa bukan Melayu berganding bahu bersama mempertahankan negara. Kemudian Rejimen Jurutera ditubuhkan diikuti dengan Kor Polis Tentera. Dengan bertambahnya anggota Tentera Darat, kejayaan demi kejayaan dalam menghapuskan pengganas komunis telah tercapai. Akhirnya dalam tahun 1960 Darurat diistiharkan tamat.
Apabila Negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tentera Darat telah berkembang pesat bagi mengisi kekosongan dengan pengunduran Tentera British dan Komanwel. Sehingga tahun 1961 Rejimen Askar Melayu telah diperbesarkan menjadi 11 batalion. Disamping itu pasukan bantuan logistic seperti Kor Perkhidmatan Am, Kor Perkhidmatan, Kor Kelengkapan dan Kor Jurutera Leterik dan Jentera telah ditubuhkan seterusnya bagi menampung keperluan Tentera Darat yang kian bertambah. Pasukan-pasukan baru ini telah bersama membenri bantuan kepada pasukan Infantri menghapuskan saki baki pengganas komunis dalam apa jua bentuk perkhidmatan yang diperlukan sesuai dengan pekhidmatan masing-masing.