Baharuddin


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Gambar Saya

Gambar Saya

Selamat Datang

Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan.

Kerani Markas Batalion

Kerani Markas Batalion

Organisasi Kerani Markas Batalion

KETUA KERANI

1084514 PW II SATRI BIN MOHAMAD NOR

SARJAN URUSTADBIR

6019890 SJN IBRAHIM BIN OSMAN

PEMBANTU SARJAN URUSTADBIR

6081728 KPL HASMADI BIN HASSAN

KERANI LATIHAN PERALIHAN/PENYATA

1121552 KPL AHMAD ZUKI BIN MD ISA

KERANI DOKUMEN TETAP 1

6040138 KPL ISMAIL BIN ABU BAKAR

PEMBANTU KERANI DOKUMEN TETAP

1118172 LKPL SAZALI BIN HJ ARIFFIN

KERANI DOKUMEN RS/PEMBANTU PEGAWAI KOMPUTER

6063867 KPL BAHARUDDIN BIN IBRAHIM

PEMBANTU KERANI DOKUMEN RS 1

6059800 LKPL AHMAD BIN CHE MAT SOH

PEMBANTU DOKUMEN RS 2

6081840 LKPL KHAIRUL ANUAR BIN ZAKARIA

KERANI FAILING/KERANI URUS GERAK

6125675 LKPL MOHD SASHRIZA BIN SASHUDIN

PEMBANTU FAILING 1

6166075 PBT MOHAMAD HARIF BIN ABDULLAH

PEMBANTU FAILING 2

6153486 PBT MOHAMAD FAIZAL BIN BALUAN

Kelebihan Surah Al-Fatihah

1.

AL-FATIHAH

Baca 14 kali sebelum tidur:

Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.

2.

AL-FATIHAH

Baca 41 kali tiup dalam  air dan  minum serta buat air  mandian:

Melepaskan rasa sakit dalaman

3.

AL-FATIHAH

Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.

Kepada orang berpenyakit mental

4.

AL-FATIHAH

Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.

Sakit yang keterlaluan.

5.

AL-FATIHAH

Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.

Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6

AL-FATIHAH

Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut)  kemudian sapu kepada tempat yang sakit.

Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu,

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWARYANG TERBAIK  KEPADA SEMUA.

Saturday, April 4, 2009

Darurat

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, keselamatan Negara tergugat sekali lagi. Ancaman kali ini datangnya dari Parti Komunis Malaya yang tidak berpuas hati dengan kembalinya pemerintahan British. Sebilangan dari ahli-ahli kumpulan Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA) yang telah diarahkan oleh pihak British untuk menyerah dan meletakkan senjata setelah Jepun menyerah kalah enggan berbuat demikian. Sebaliknya mereka telah mengundurkan diri dan bersembunyi di hutan-hutan dan menghasut rakyat menentang pemerintahan British. Beberapa kejadian pembunuhan terhadap rakyat serta menyerang dan merosakkan ladang-ladang getah, membakar bas dan kenderaan yang telah dilakukan oleh kumpulan ini dengan sewenang-wenangnya. Kerajaan British terpaksa mengistiharkan keadaan Darurat diseluruh negara pada 8 Jun 1948.

Semasa Darurat diistiharkan Askar Melayu hanya berkekuatan 3 batalion. Mereka telah berjuang menentang pengganas komunis bersama Tentera British, Komanwel dan pasukan Polis. Askar Melayu telah diperbesarkan meningkat kepada 7 batalion sehingga tahun 1956. Dalam jangkamasa yang sama Kor Peninjau (Armor) dan Rejimen Semboyan telah ditubuhkan. Dengan penubuhan dua pasukan baru ini perkembangan Tentera Darat bertukar corak dengan memberi kesempatan kepada bangsa-bangsa bukan Melayu berganding bahu bersama mempertahankan negara. Kemudian Rejimen Jurutera ditubuhkan diikuti dengan Kor Polis Tentera. Dengan bertambahnya anggota Tentera Darat, kejayaan demi kejayaan dalam menghapuskan pengganas komunis telah tercapai. Akhirnya dalam tahun 1960 Darurat diistiharkan tamat.

Apabila Negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tentera Darat telah berkembang pesat bagi mengisi kekosongan dengan pengunduran Tentera British dan Komanwel. Sehingga tahun 1961 Rejimen Askar Melayu telah diperbesarkan menjadi 11 batalion. Disamping itu pasukan bantuan logistic seperti Kor Perkhidmatan Am, Kor Perkhidmatan, Kor Kelengkapan dan Kor Jurutera Leterik dan Jentera telah ditubuhkan seterusnya bagi menampung keperluan Tentera Darat yang kian bertambah. Pasukan-pasukan baru ini telah bersama membenri bantuan kepada pasukan Infantri menghapuskan saki baki pengganas komunis dalam apa jua bentuk perkhidmatan yang diperlukan sesuai dengan pekhidmatan masing-masing.

No comments:

Post a Comment