Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan.
Kerani Markas Batalion
Organisasi Kerani Markas Batalion
KETUA KERANI
1084514 PW II SATRI BIN MOHAMAD NOR
SARJAN URUSTADBIR
6019890 SJN IBRAHIM BIN OSMAN
PEMBANTU SARJAN URUSTADBIR
6081728 KPL HASMADI BIN HASSAN
KERANI LATIHAN PERALIHAN/PENYATA
1121552 KPL AHMAD ZUKI BIN MD ISA
KERANI DOKUMEN TETAP 1
6040138 KPL ISMAIL BIN ABU BAKAR
PEMBANTU KERANI DOKUMEN TETAP
1118172 LKPL SAZALI BIN HJ ARIFFIN
KERANI DOKUMEN RS/PEMBANTU PEGAWAI KOMPUTER
6063867 KPL BAHARUDDIN BIN IBRAHIM
PEMBANTU KERANI DOKUMEN RS 1
6059800 LKPL AHMAD BIN CHE MAT SOH
PEMBANTU DOKUMEN RS 2
6081840 LKPL KHAIRUL ANUAR BIN ZAKARIA
KERANI FAILING/KERANI URUS GERAK
6125675 LKPL MOHD SASHRIZA BIN SASHUDIN
PEMBANTU FAILING 1
6166075 PBT MOHAMAD HARIF BIN ABDULLAH
PEMBANTU FAILING 2
6153486 PBT MOHAMAD FAIZAL BIN BALUAN
Kelebihan Surah Al-Fatihah
1.
AL-FATIHAH
Baca 14 kali sebelum tidur:
Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.
2.
AL-FATIHAH
Baca 41 kali tiup dalamair danminum serta buat airmandian:
Melepaskan rasa sakit dalaman
3.
AL-FATIHAH
Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.
Kepada orang berpenyakit mental
4.
AL-FATIHAH
Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.
Sakit yang keterlaluan.
5.
AL-FATIHAH
Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.
Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
6
AL-FATIHAH
Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut)kemudian sapu kepada tempat yang sakit.
Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu,
SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWARYANG TERBAIKKEPADA SEMUA.
Saturday, April 4, 2009
Peranan dan Tugas
Peranan dan Tugas
Peranan Kor Infantri adalah mencari dan mendekati musuh, membunuh serta menawannya, menggunakan kesempatan dan menduduki tanah dan melaksanakan serangan di waktu siang atau malam tanpa mengira cuaca, keadaan tanah ataupun keadaan.
Tugas-tugas Kor Infantri
• Pasukan tempur di dalam divisyen infantri. Akan diaturgerakkan di dalam operasi di bawah arahan briged dengan kerjasama pasukan bantuan tempur ataupun lain-lain perkhidmatan. • Mengambilalih semua operasi yang dibantu oleh pasukan lain sekiranya perlu di dalam fasa peperangan yang melibatkan operasi ofensif ataupun defensif. • Di dalam operasi ofensif, infantri mampu untuk melaksanakan tugas seperti mara, serangan dan lain-lain operasi ofensif. • Di dalam operasi defensif pula, infantri mampu untuk melaksanakan tugas pertahanan, pengunduran dan lain-lain operasi defensif. • Di dalam kedua-dua operasi ofensif dan defensif, infantri berkemampuan melaksanakan obua. • Tugasan semasa aman, pasukan infantri berkemampuan melaksanakan tugas-tugas istiadat, membantu pihak berkuasa awam semasa bencana alam, kenteteraman awam, menjaga keselamatan sempadan Malaysia daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) serta penyeludupan dan keselamatan kepada kawasan-kawasan yang berkepentingan.
Baginda turut meminati sukan seperti sukan berkuda dan menyukai makanan barat kerana baginda amat menitik beratkan soal pemakanan baginda. Baginda juga merupakan Yang di-Pertuan Agong yang pertama yang diputerakan selepas kemerdekaan dan kedua termuda ketika ditabalkan iaitu selepas Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail yang ditabalkan ketika berusia 40 tahun.
Bulan, bintang, sempadan keliling, perkataan Allah dan Muhammad berwarna kuning emas dan 'outline' berwarna hitam.
'Diamond' dari kiri adalah berwarna biru, hijau, merah, hijau dan biru.
Terdapat 21 bulatan-bulatan kecil dibahagian atas mahkota.
Latar belakang perkataan Allah dan Muhammad berwarna merah cili.
KALUNGAN BUNGA PADI
Setiap tangkai mempunyai 16 butir bunga padi iaitu enam ditengah dan lima di kiri dan kanan.
Bunga padi berwarna kuning diraja dan 'outline' berwarna hitam.
KERIS DAN DUKU ILANG
Keris luk lima bersilang dari kiri ke kanan.
Duku Ilang (parang sarawak) bersilang dari kiri kanan ke kiri
Keris dan Duku Ilang berwarna kuning diraja dan 'outline' berwarna hitam.
INSIGNA LOGO TENTERA DARAT MALAYSIA
Mahkota - Melambangkan Taat Setia Tentera Darat Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu.
Bulan dan Bintang - Melambangkan sikap anggota Tentera Darat Malaysia yang taat setia kepada agama Islam yang merupakan agama rasmi Negara.
Perkataan Allah dan Muhammad - Melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasululah sebagai pesuruh-Nya.
‘Diamond’ - Lima butir ‘diamond’ melambangkan kekayaan hasil bumi yang dinikmati oleh rakyat dan ia memberi perkembangan pembangunan kepada Tentera Darat Malaysia.
Kalungan Bunga Padi - Kalungan bunga padi sebanyak 16 butir menunjukkan 16 kor yang terdapat di dalam Tentera Darat Malaysia. Ia melambangkan sikap perajurit yang serba handal, gagah dan bersemangat umpama resmi padi semakin tunduk semakin berisi. Ia juga lambang perpaduan, kerjasama, kemakmuran dan keharmonian antara kor/rejimen dalam Tentera Darat Malaysia. Lambang ikatan Tentera Darat Malaysia dan rakyat.
Keris Melayu Luk Lima - Keris merupakan senjata tradisional orang-orang Melayu. Melambangkan kegagahan dan keperkasaan orang yang sentiasa bersiap siga untuk mempertahankan Negara dan tanahair.
Duku Ilang - Duku Ilang merupakan parang pancung Dayak Darat. Merupakan semangat orang Dayak Darat dan melambangkan cara mereka menentang musuh di dalam peperangan.
Keris Bersilang Duku Ilang - Melambangkan gabungan keperwiraan dan kegagahan orang Melayu dan Dayak. Senjata ini mencantumkan kualiti-kualiti kehandalan dan kegagahan dengan semangat berperang. Lambang ini menunjukkan pantang undur dan sanggup berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir. Kehandalan dan kegagahan kearah kemuncak kejayaan yang menggandingkan dua bangsa Tanah Melayu Sabah dan Sarawak yang menjadi satu.
SKROLL
Berwarna kuning diraja dan 'outline' berwarna hitam. Perkataan "GAGAH SETIA" berwarna hitam.
Misi ATM
PENGLIBATAN TDM DALAM PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
Bintang Kehormatan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) ini ialah yang tertinggi sekali dan paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan. Di anugerahkan kepada sesiapa yang menunjukkan keberanian yang paling luar biasa.
Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT)
Pingat Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT)
Anugerah Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Pangkat Kedua ini dikurniakan kepada Pegawai-pegawai Angkatan Tentera yang berpangkat Mejar Jeneral dan setaraf ke atas serta pegawai-pegawai tentera asing yang setaraf secara kehormat.
Pingat Gagah Berani (PGB)
Pingat Gagah Berani (PGB)
Anugerah ini diberikan kepada mereka yang berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata dan telah menunjukkan kegagahan serta keberanian yang luar biasa.
Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT)
Pingat Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT)
Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Pangkat Pertama ini dikurniakan kepada Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Panglima-Panglima Tentera Darat, Laut dan Udara. Pengurniaan kehormat juga boleh diberi kepada Panglima-Panglima Negara Asing yang setaraf.
Pingat Pahlawan Angkatan Tentera (PAT)
Anugerah Pahlawan Angkatan Tentera ini adalah Pangkat Ketiga dalam senarai Darjah-darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera. Dikurniakan kepada pegawai-pegawai Angkatan Tentera berpangkat Kolonel atau Brigadier Jeneral atau setaraf, serta pegawai-pegawai tentera asing yang setaraf secara kehormat.
Pahlawan Angkatan Tentera (PAT)
Pingat Kesatria Angkatan Tentera (KAT)
Pangkat Keempat dalam senarai Darjah-darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera ini dianugerahkan kepada pegawai-pegawai Angkatan Tentera berpangkat Leftenan Kolonel atau setaraf dan ke bawah serta pegawai-pegawai tentera asing yang setaraf secara kehormat.
Kesatria Angkatan Tentera (KAT)
Bintara Angkatan Tentera (BAT)
Pingat Bintara Angkatan Tentera (BAT)
Pangkat kelima dalam senarai Darjah-darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera ini dianugerahkan kepada anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia. Anugerah ini boleh juga dikurniakan kepada anggota angkatan tentera asing yang setaraf secara kehormat.
Konfrantasi
Sejarah Konfrantasi
Setelah tamat dan berjaya menunaikan perkhidmatan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo, Tentera Darat sekali lagi tampil ke hadapan menentang ancaman besar kepada Negara, apabila Indonesia di bawah pimpinan Presiden Sukarno melancarkan konfrantasi terhadap Malaysia dalam tahun 1963. Konfrantasi merupakan bantahan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia pada 16 Sep 1963 yang menggabungkan Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Konfrantasi ini berterusan selama 3 tahun dan banyak kejadian-kejadian serta pertempuran berlaku di antara Tentera Darat dengan angkatan rejim Sukarno. Di dalam pertempuran-pertempuran ini anggota-anggota Tentera Darat telah menunjukkan semangat kepahlawanan dan semangat sedia berkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Satu peristiwa pahit yang tidak dapat dilupai dalam Sejarah Tentera Darat ialah Peristiwa Kalabakan yang berlaku pada 29 Dis 1963. Dalam peristiwa ini, satu Pos Sementara Tentera di Kalabakan, Tawau Sabah dengan kekuatan satu platun di bawah perintah Mej Zainal Abidin bin Haji Yaacob dari Kompeni C, Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja telah diserang ketika mereka sedang menunaikan sembahyang Maghrib di bangunan madrasah. Walaupun dalam keadaan tidak tersedia, anggota-anggota platun telah menentang musuh yang berlipat ganda ramainya dan memaksanya berundur. Serangan itu mengorbankan 7 orang anggota platun tersebut, termasuk Mej Zainal Abidin dan mencederkan 16 yang lain.
Di Semenanjung pula banyak peristiwa berlaku di kawasan Batu Pahat, Pontian, Kota Tinggi dan Labis dalam negeri Johor. Di kawasan ini angkatan musuh telahmenyusup masuk melalui pantai. Mereka juga dapat masuk melalui udara dengan paying terjun di Labis pada 1 Sep 1964. Semua penyusupan ini dapat dipatahkan oleh Tentera Darat dalam beberapa hari sahaja kerana pihak musuh langsung tidak dapat sokongan atau bantuan rakyat tempatan. Setelah menyedari hakikat ini dan berikutan desakan politik Presiden Sukarno menamatkan Konfrantasi terhadap Malaysia dalam tahun 1965.
Dilahirkan tanggal 23hb April 1973 di Kg Ribu 33600 Enggor Perak. Mendapat pendidikan di Sek Keb Ulu Ribu seterusnya di Sek Keb Kati dan Sek Men Temenggong Kati, Perak. Telah berumahtangga dan mempunyai 4 orang cahaya mata 3 perempuan 1 lelaki. Mula menceburi ATM pada 14hb Julai 1996 dan dikerah sepenuhmasa ke dalam ATM pada 13hb Julai 1996 seterusnya diserapkan ke dalam Angkatan Tetap dan Berpencen di dalam Kor RAMD. Unit sekarang adalah Batalion Ke 5 Rejimen Sempadan, Kem Bukit Kayu Hitam, Kedah Darul Aman dan membuat tugas sebagai Kerani.
No comments:
Post a Comment